KLUANG: Kerajaan memutuskan untuk meminda beberapa syarat permohonan Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi menarik lebih ramai peserta warga asing ke negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara syarat dipinda ialah jumlah simpanan tetap yang diwajibkan, telah ditukar kepada tiga kategori iaitu platinum, emas dan perak.
"Kita juga dengan kerjasama Jabatan Imigresen akan mempermudah permohonan itu. (Pemohon) akan mendapat kelulusan setelah borang-borang (permohonan) diisi mengikut syarat dalam tempoh tiga hari bekerja.
"Hartanah yang dibeli (peserta) tidak boleh dijual sebelum mencapai tempoh matang selama 10 tahun sekurang-kurangnya, selain penyambungan visa (peserta) akan dibuat setiap lima tahun," katanya kepada pemberita selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di pekarangan Masjid Jamek Pekan Layang-Layang, Simpang Renggam di sini malam ini.
Beliau berkata kemudahan lain juga akan diberikan kepada peserta termasuk dari aspek pelajaran dan pendidikan sekiranya mereka mempunyai anak untuk belajar di sekolah pilihan mereka di negara ini.
" ... di Johor, termasuklah Forest City. Saya harapkan agar MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) akan ambil langkah segera untuk tarik lebih ramai peserta MM2H ke negara ini," katanya.
Program MM2H diperkenalkan pada 2002 yang membenarkan warga asing membeli hartanah dan tinggal di Malaysia untuk tempoh yang lama, sebelum dibekukan sementara pada Ogos 2020 bagi memberi ruang kepada KDN dan MOTAC mengkaji serta menilai semula secara komprehensif.
Sejak Oktober 2021, permohonan baharu MM2H dikendalikan Jabatan Imigresen merangkumi urusan berkaitan perkhidmatan pemprosesan permohonan sedia ada dan logistik.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata majikan perlu menawarkan gaji lebih tinggi kepada pekerja tempatan, khususnya melibatkan bidang pekerjaan sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
Beliau berkata faktor utama sektor berkenaan kurang menjadi pilihan rakyat tempatan adalah disebabkan tawaran gaji yang agak rendah.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa isu kekurangan beras yang dilaporkan ialah masalah terpencil, namun kerajaan akan terus memantau perkembangan itu dan memastikan mekanisme dilaksanakan kerajaan dapat mengatasi perkara terbabit.
Terdahulu, dalam ucapan pada majlis itu, Ahmad Zahid berkata berdasarkan Data Sisa Pepejal Tahun 2023 yang dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan SW Corp, sebanyak 243,095 tan metrik sisa pepejal dilupuskan sepanjang Ramadan tahun lepas dengan 86,177 tan metrik daripada jumlah itu ialah sisa makanan.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada 450 anak yatim di Wilayah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) merangkumi daerah Kota Tinggi dan Kluang.
Turut diserahkan geran sumbangan KEJORA bernilai RM14,000 kepada tujuh Pusat Tahfiz Al-Quran berdaftar bagi membantu aspek pengurusan dan aktiviti riadah di institusi berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Ahmad Zahid berkata antara syarat dipinda ialah jumlah simpanan tetap yang diwajibkan, telah ditukar kepada tiga kategori iaitu platinum, emas dan perak. - Gambar Bernama
Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.
Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu
Negara yakin capai sasaran 50 peratus tahap sara diri (SSL) bagi sektor daging lembu menjelang 2030, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
UUM diiktiraf universiti awam nombor satu di Malaysia
Pengiktirafan yang diumumkan itu membolehkan UUM berada di tangga ke-71 terbaik dunia berbanding tangga ke-95 pada tahun lalu.
Bekas Pegawai tinggi Pertubuhan Peladang didakwa rasuah
Seorang pegawai hal ehwal ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didawka menerima suiapan dan membuat tuntutan palsu RM64,550 sejak empat tahun lalu.
Bakal jemaah terkandas, kerajaan, TH cari jalan penyelesaian terbaik
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia terkandas.
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
AWANI Ringkas: Pergaduhan Piala Belia, FAM ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Syarat MM2H dipinda, tarik lebih ramai peserta warga asing - Ahmad Zahid
Kerajaan memutuskan untuk meminda beberapa syarat permohonan Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi menarik lebih ramai peserta warga asing ke negara ini.
Selepas 50 tahun, Kejora perlu lebih strategik - Mahdzir
Mahdzir berkata, penekanan terhadap penjenamaan semula Kejora perlu menjadi pemacu perubahan kepada semua pelaksanaan projek pembangunan dan aktiviti Kejora akan datang.